Assalamualaikum....
Pertama kali menulis blog terasa
seperti anak kecil yang baru hendak belajar menulis, membaca, mengira. Bak kata
pepatah 'saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan'.
Saya berminat dengan tajuk 'wanita
melamar lelaki' atau orang melayu suka menyebut 'perigi mencari timba'.
sebenarnya tajuk ni sesuai dengan situasi saya sekarang, masih mencari bakal
imam, sahabat, teman.
Salahkah jika wanita melamar lelaki?
Jujur saya katakan yang saya respek wanita yang melamar lelaki kerana
mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan sangat kuat semangat. Ya,
kuat semangat sebab kalau lelaki itu menolak lamaran maka hancur luluhlah hati
wanita itu. Saya memang tidak kuat semangat. Setiap hari hanya mampu berdoa
kepada Allah, semoga Allah pertemukan jodohku.
Ramai yang bertanya kenapa tak kahwin
lagi. Adakah saya terlalu memilih? Allahurobbi...hanya Allah yang tahu perasaan
saya sekarang ini. Saya tidak memilih, cuma jodoh belum sampai lagi.
Kalau sudah sampai masanya saya akan berkahwin juga.
Tak jumpa calon lagi ke?
Calon ada tapi saya ni mudah patah hati. Kalau orang tu
tolak lamaran saya macam mana? Ya Allah, kuatkanlah semangatku.